Tanggal 22 Januari 2019 menjadi titik permulaan buat pasukan Pulau Pinang apabila dengan rasminya senarai pemain telah diperkenalkan. Lebih manis lagi, jersi untuk musim 2019 ini juga dilancarkan di hadapan kira-kira 500 hadirin di Grand Ballroom, The Light Hotel Seberang Jaya. Paling membanggakan adalah, jersi kali ini direka khas oleh seorang penyokong melalui satu pertandingan yang dianjurkan oleh FA Penang.
Setelah melalui musim yang suram sejak 2 tahun lalu, pasukan Pulau Pinang kali ini dilihat sedikit bernafsu untuk sekurang-kurangnya meletakkan sasaran pasukan di tangga ke-5. Dengan mengikat sebahagian besar pemain muda, pasukan Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak 5 juta masih mampu untuk mengikat 4 pemain import serta seorang pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan.
Boleh dikatakan tahun 2019 ini adalah pasukan yang majoritinya adalah anak jati Pulau Pinang sendiri selain barisan kejurulatihannya juga membariskan kesemua bekas Pemain Pulau Pinang dengan diketuai oleh Haji Ahmad Yusoff selaku Ketua Jurulatih sambil dibantu oleh Haji Ahmad Khalid selaku Pembantu Jurulatih.
Berikut adalah senarai pemain yang akan beraksi untuk pasukan Pulau Pinang musim 2019...
Goalkeeper
1. Syamim Othman
22. Faizal Yusoff
25. Hazrull Hafiz Zulkifly
Defender
2. Aziz Ismail
4. Qayyum Jabrullah Khan
5. Khairul Akmal Rokisham
6. Stuart Wark
15. Che Safwan Hazman
17. Tunku Hidayat Tunku Ishak
21. Hasrul Che Halim
26. Segar Arumugam
27. Asyraf Rojani
28. Khairul Rosmadi
Midfield
3. Daryl Lim Yong Sheng
7. Kang Seung-jo
8. Dhiyaulrahman Hasry
11. Azrul Ahmad
12. Al Hafiz Harun
13. Afif Azman
14. Faizzudin Abidin (loan dari Selangor)
16. Sebastian Thuriere
19. Sivanesan Shanmugam
24. Som Keat Preseart
30. Norfais Johari
Forward
9. Ndumba Makeche
10. Julian Bottaro
18. Rahizi Rasib
20. Ramze Othman
29. Afiq Azmi
Gambar-gambar sekitar majlis semalam...
No comments:
Post a Comment